Saturday, November 19, 2016

Meramal dan Menilai untuk masa hadapan

Biasalah dalam hidup kita tidak dapat lari dengan masalah, dan masalah yang kita hadapi bukannya selalunya sama dan tidak semestinya tidak berulang. Ada kalanya sampai kita sendiri berasa nak give up dengan apa yang telah berlaku dalam hidup kita. sama ada kita sedar atau tidak apa yang berlaku dalam hidup kita mempunyai hikmah dan cabaran. walaupun kita mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita, persoalannya adakah kita bersedia untuk hadapi dan apakah langkah atau cara yang perlu dilakukan untuk mengatasinya.

Sememangnya pengalaman mengajar kita bagaimana untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang akan datang. Jika ianya bersifat berulang ianya memberikan bonus untuk anda menghadapinya dengan mudah. Namun begitu, jangan sesekali pandang enteng dengan perkara tersebut. adakala cabaran berbeza, dalam situasi yang sama. Pengalaman akan membentuk Jangkaan, bila kita punyai jangkaan tersendiri, jadi tiada masalah kita untuk meramal apa yang akan mendatang dan apa langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Bila adanya pengalaman dan jangkaan, akan wujud pula penerimaan. Penerimaan dari segi akibat terutamanya, setiap perbuatan yang kita lakukan mempunyai kesan yang baik dan negatif. Oleh itu, penerimaan adalah penting untuk mewujudkan nilai profesional dalam diri sendiri.


Penerimaan sesuatu kesan adalah membentuk jati diri, tahap kesabaran, mengajarkan tentang kerendahan ego dan anda akan lebih profesional dalam sesuatu perbuatan. Memang pada awalnya adalah perit untuk menerima kenyataan di mana kita pernah dikritik dan diburukkan dibelakang sedangkan kita sedar perkara tersebut berlaku. Jika anda seseorang yang memikirkan perkara itu, anda seolah oleh bermain dengan perasaan sendiri dan ianya membuang masa sebab bermain dengan perasaan sendiri sampai rasa marah memuncak dan hilang kawalan diri, sehinggakan perbuatan luar jangka boleh berlaku. Di sebabkan Pengalaman, Nilai kesabaran, Profesional anda dapat membantu anda untuk menghadapi perkara yang sama akan datang.

Lebih mudah kata, aku dah lali, aku dah biasa, lantak lah, kerja aku tahu lah nak settle,

Jika anda sedang mengalami perkara sedemikian dan pertama kali menghadapinya, yang perlu anda tahu anda sedang diuji dari segi mental, emosi, dan fizikal. Yang perlu anda buat untuk masa sekarang adalah bersabar... Duduk dengan tenang, fikirkan jalan penyelesaian, bukan memikirkan untuk mempertahankan diri sebab perkara itu akan mewujudkan perbalahan. Kenapa tidak perlu untuk pertahankan diri, sebab di satu pihak lagi juga buat benda yang sama untuk mempertahankan hak dia. Ianya adalah sifat alami manusia. Melainkan anda sendiri merendahkan ego, berfikir secara rasional untuk menyelamatkan keadaan dan menjadi lebih baik kalau keduanya mempunyai pemikiran yang sama. Apa yang kena ada dalam kepala adalah bagaimana nak menyelamatkan keadaan, dan apakah plan seterusnya. Jangan sesekali menoleh kebelakang dan hanya fikir masa hadapan yang akan datang. Lupakan perkara yang remeh sehinggakan perkara yang di depan mata tidak dapat diselesaikan.

Semakin besar kepercayaan, semakin besar tanggungjawab. Perkongsian ini adalah dari hati sendiri dan penurut pengalaman yang telah berlaku.

Terima Kasih..


Saturday, November 12, 2016

Soal Hati Perempuan

Perkongsian ini aku gunakan bahasa yang mudah dan tidak berbelit belit. Supaya mudah faham, mudah hadam dan mudah berfikir. Dalam kes ini, kaum lelaki perlu take note .. lagi lagi yang sedang hangat bercinta.

Hidup manusia adalah berpasangan, itulah yang dipanggil karma manusia.. Tapi akan menjadi masalah bagi lelaki bila hendak memikat hati perempuan yang tak tahu asal usulnya. Manusia beragam dan banyak perangai, dan amat sukar ditafsirkan. Perempuan adalah manusia yang mudah mengikut perasaan dan boleh dikatakan tidak rasional dalam kematangan berfikir.. Lebih mudah difahami adalah lembut hatinya (hati tisu).

Perempuan ada dua kategori hati
1) Hati keras

2) Hati lembut

Aku jelaskan pasal kategori hati ni, kalau pasangan perempuan itu punyai hati yang keras atau lembut akan sama je hasil nya, dia akan menangis macam kanak-kanak. aku lebihkan kepada perempuan yang hati keras sebab aku sendiri pernah laluinya. Hanya satu tips je kalau nak pikat hati orang yang keras.. konsepnya USAHA, BERSABAR, TAWAKAL.. Itu pon kalau kau betul-betul nakkan dia lah. kau akan lakukan 3 perkara ni. Masalahnya sekarang kenapa perempuan itu boleh hatinya menjadi keras dan sukar dibentuk?

1) Tanggungjawab
Berkait rapat dengan bebanan yang dipikul, contohnya dia anak sulung yang menjadi teladan dan merasakan bahawa tanggungjawab untuk membesarkan adik adik adalah lebih penting. selain itu, tanggungjawab sebagai kawan, terhadap kerja, pendidikan, dan sebagainya

2) Personaliti
Gaya penampilan yang boleh dikatakan high class dan mementingkan gaya. boleh datang dari segi percakapan, adab, dan pergaulan bagi orang hati yang keras adalah "mengawal" atau cover ayu. Sikap bukan diri sendiri sebenarnya telah menipu diri sendiri dan orang lain kerena di tidak yakin terhadap dirinya. 

3) Cara hidup
Kehidupan sama ada daripada keluarga bertaraf rendah, sederhana ataupun tinggi adalah berbeza dan akan membentuk keperibadian.  

4) Didikan keluarga

benda yang paling penting dalam pembentukan sahsiah anak anak. kadang-kadang ibu bapa tidak memandang berat tentang masalah bila mereka dewasa. Pendekatan pendidikan kepada anak-anak adalah salah. Ibu bapa lebih menetapkan syarat tanpa penjelasan dan menjadikan anak-anak terkongkong dan tidak bebas. Akhirnya anak akan memberontak dan perpecahan keluarga berlaku. Kemungkinan besar berlaku hal demikian adalah keretakan rumah tangga ibu bapa. 

5) Komitmen
Fakta kata, banyak golongan wanita berkahwin lewat usia. ini sebab komitmen kerja dan pendidikan adalah lebih tinggi berbanding dengan cinta cintun. kasar kata, lelaki atau cinta ni macam sampah bagi dia lah. 

6) Retrospektif (masa silam)
Masa silam memainkan peranan dalam pembentukan hati yang keras ni. pengalaman di permainkan oleh lelaki dan mengikut pengamatan daripada apa yang berlaku kepada kawan kawan membuat perempuan tersebut berasa fobia dan takut dengan cinta. tambahan lagi, ianya berkait rapat dengan apa yang berlaku dalam keluarga nya sendiri kemungkinan ibu bapa yang bercerai dan sebagainya. 

Ini adalah untuk wanita mempunyai rupa paras yang cantik,
Adalah kebanyakan perempuan yang masih single diusia 20-24 tahun ni adalah daripada golongan yang memilih? dan kebanyakannya betul. Dan kalau korang pernah perhatikan, walaupun ramai nak pikat dia tapi tak berjaya/tak layan. tapi masalahnya suka mencari perhatian lelaki lain.. Setakat ni aku ta faham apa yang di mahukan sebenarnya. Benda yang pasti adalah perempuan sebegini hanya menunggu lelaki yang di inginkan. 

Nak ingatkan kepada kaum lelaki lah, walaupun niat suci murni untuk berkawan dengan dia, kalau dia anggap kau tu kawan please jagan letak harapan lagi. Kalau nak Jugak berusahalah sampai kau dapat apa yang dikehendaki (balik kepada konsep tadi ). 

Sesungguhkan, kalau mencintai seseorang itu dengan nawaitu yang baik, akan menjadi yang baik, walaupun perpisahan yang kau dapat insyaallah akan ada lagi yang terbaik menanti kau. 

Ini adalah daripada pengalaman dan pengamatan yang telah dilakukan selama aku bergelar seorang lelaki yang mempunyai perasaan

Thursday, September 10, 2015

Yang Kau Ada Yang Aku Tak Ada.

Perkataan ini cukup memberikan gambaran bahawa ianya meliatkan kan keperluan hidup seperti, duit, harta benda, mahupun girlfriend atau boyfriend. Sedar atau tidak perasaan (jelez) tu datang secara tiba-tiba. kadang-kadang kita tertanya-tanya.. kenapa aku tak dapat sama macam dia.
Kenapa Aku tak punya apa yang dia punya..
aku tak layak ke??
aku ni ta ada peluang?
aku ni hanya orang miskin?
Aku seorang yang malang?

tidak lah..semua itu tidak benar, sini mari sy jelaskan,
kenapa dia banyak duit? sebab dia anak orang berada.
kenapa dia ada harta benda ? sebab keluarga berkemampuan
kenapa dia kaya ? sebab keluarga dia pernah merasakan kesusahan sebelum kaya
kenapa dia ada gf/bf ? sebab dia pandai menjaga hati pasagan.

sekarang hanya bergantung kepada diri kita. Jangan melihat apa yang mereka ada, hanya memikirkan apa yang kita akan dapat pada kita pada masa hadapan.jangan bergantung kepada keluarga. kita membuka pintu       keluar sendiri jangan mengharapkan orang lain. biarkan lah orang lain dengan kehidupan mewah mereka. yang paling penting adalah macam mana kita boleh berdiri dengan kaki kita sendiri dan buktikan kita boleh lakukan tanpa bantuan sesiapa dan membuktikan kita seorang yang boleh menjadi survival!!!!

Wednesday, September 9, 2015

Di HadapanKu

Dalam kehidupan seharian kita, tidak dapat dipisahkan dengan perasaan takut, gentar, tidak bersemangat, kurang yakin terhadap diri sendiri. yeah.. memang betul semua tu sebab aku sendiri yang mengalaminya. terutamanya bila di alam remaja. kenapa kita berperasaan macam tu? hanya satu sahaja jawapan yang paling tepat iaitu tidak bersedia.

apabila kita tidak bersedia bermaksud kita tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu dengan sempurna bahkan lebih teruk tidak dapat berbuat apa-apa apabila diberikan tugasan, arahan dan sebagainya. Motivasi yang tinggi harus ditanam pada setiap pagi supaya kita lebih bersemangat untuk mengharungi hari yang mencabar. Motivasi pagi kita kena cari sendiri sama ada dari segi lagu, video, cerpen, cerita dan sebagainya sebagai pencetus semangat. Kita perlu ingat bahawa kita akan hidup bersendirian, tetapi ditemanani oleh keazaman dan ketabahan untuk mengharungi fenomena hidup.

Tuesday, August 6, 2013

ini lagu yang dicipta khas oleh saya sendiri dan harap korang dapat menilai setiap perkataan kerana setiap perkataan mempunyai maksud yang tersendiri...enjoy!!!!

Saturday, July 6, 2013

GeramNye!!!


sakit hati kalau mesej tak reply, tegur macam nak tak nak je.. ape salah pon ta tau. Wahai kawan lame, kenapa dengan engkau yang semakin hari semakin menyampah dengan perangai kau yang macam nak mintak penumbok!!! kawan dalam susah kau boleh wat bodoh je kan, tanye lah knape? macam mane? bile ? ape? dah tau ada masalah tolong lah..  kau memang celaka.. kawan lame...lantak engkau..

kawan ni kan memang dalam

situasi senang jom same-same, time susah bersiol lah kau..

Saturday, June 22, 2013

Hanya untuk dihormati


Kadang-kadang kita sebuk nak marah orang kerana menegur perbuatan kita, tak kira lah sama ada rakan sebaya ataupon sudah berumur. kita ambil contoh, pelajar sekolah,.. mereka sering merungut undang-undang yang ada di sekolah padahal undang-undang itu hanyalah untuk menjadikan pelajar tersebut menjadi berdisiplin dan terurus,.

Yang mendapat tempias marah para pelajar ialah guru disiplin/guru.. Guru-guru di sekolah hanyalah menurut peraturan yang diperuntukkan dan apabila pelajar itu bersikap kurang ajar terhadap guru, maka guru tersebut berasa tercabar dan mengambil tindakan.. Dalam hal ini, sebab guru marah hanyalah menegur dan membetulkan apa yang salah kerana guru tersebut berfikir dia seorang guru yang patut dihormati..


Sebagai konklusinya, sayang lah pada guru anda walaupun mereka telah menyakitkan hati korang,
guru hanya mahukan dihormati dan disanjungi, bukan untuk mendera atau bnda yang negatif yang lain....