Saturday, November 12, 2016

Soal Hati Perempuan

Perkongsian ini aku gunakan bahasa yang mudah dan tidak berbelit belit. Supaya mudah faham, mudah hadam dan mudah berfikir. Dalam kes ini, kaum lelaki perlu take note .. lagi lagi yang sedang hangat bercinta.

Hidup manusia adalah berpasangan, itulah yang dipanggil karma manusia.. Tapi akan menjadi masalah bagi lelaki bila hendak memikat hati perempuan yang tak tahu asal usulnya. Manusia beragam dan banyak perangai, dan amat sukar ditafsirkan. Perempuan adalah manusia yang mudah mengikut perasaan dan boleh dikatakan tidak rasional dalam kematangan berfikir.. Lebih mudah difahami adalah lembut hatinya (hati tisu).

Perempuan ada dua kategori hati
1) Hati keras

2) Hati lembut

Aku jelaskan pasal kategori hati ni, kalau pasangan perempuan itu punyai hati yang keras atau lembut akan sama je hasil nya, dia akan menangis macam kanak-kanak. aku lebihkan kepada perempuan yang hati keras sebab aku sendiri pernah laluinya. Hanya satu tips je kalau nak pikat hati orang yang keras.. konsepnya USAHA, BERSABAR, TAWAKAL.. Itu pon kalau kau betul-betul nakkan dia lah. kau akan lakukan 3 perkara ni. Masalahnya sekarang kenapa perempuan itu boleh hatinya menjadi keras dan sukar dibentuk?

1) Tanggungjawab
Berkait rapat dengan bebanan yang dipikul, contohnya dia anak sulung yang menjadi teladan dan merasakan bahawa tanggungjawab untuk membesarkan adik adik adalah lebih penting. selain itu, tanggungjawab sebagai kawan, terhadap kerja, pendidikan, dan sebagainya

2) Personaliti
Gaya penampilan yang boleh dikatakan high class dan mementingkan gaya. boleh datang dari segi percakapan, adab, dan pergaulan bagi orang hati yang keras adalah "mengawal" atau cover ayu. Sikap bukan diri sendiri sebenarnya telah menipu diri sendiri dan orang lain kerena di tidak yakin terhadap dirinya. 

3) Cara hidup
Kehidupan sama ada daripada keluarga bertaraf rendah, sederhana ataupun tinggi adalah berbeza dan akan membentuk keperibadian.  

4) Didikan keluarga

benda yang paling penting dalam pembentukan sahsiah anak anak. kadang-kadang ibu bapa tidak memandang berat tentang masalah bila mereka dewasa. Pendekatan pendidikan kepada anak-anak adalah salah. Ibu bapa lebih menetapkan syarat tanpa penjelasan dan menjadikan anak-anak terkongkong dan tidak bebas. Akhirnya anak akan memberontak dan perpecahan keluarga berlaku. Kemungkinan besar berlaku hal demikian adalah keretakan rumah tangga ibu bapa. 

5) Komitmen
Fakta kata, banyak golongan wanita berkahwin lewat usia. ini sebab komitmen kerja dan pendidikan adalah lebih tinggi berbanding dengan cinta cintun. kasar kata, lelaki atau cinta ni macam sampah bagi dia lah. 

6) Retrospektif (masa silam)
Masa silam memainkan peranan dalam pembentukan hati yang keras ni. pengalaman di permainkan oleh lelaki dan mengikut pengamatan daripada apa yang berlaku kepada kawan kawan membuat perempuan tersebut berasa fobia dan takut dengan cinta. tambahan lagi, ianya berkait rapat dengan apa yang berlaku dalam keluarga nya sendiri kemungkinan ibu bapa yang bercerai dan sebagainya. 

Ini adalah untuk wanita mempunyai rupa paras yang cantik,
Adalah kebanyakan perempuan yang masih single diusia 20-24 tahun ni adalah daripada golongan yang memilih? dan kebanyakannya betul. Dan kalau korang pernah perhatikan, walaupun ramai nak pikat dia tapi tak berjaya/tak layan. tapi masalahnya suka mencari perhatian lelaki lain.. Setakat ni aku ta faham apa yang di mahukan sebenarnya. Benda yang pasti adalah perempuan sebegini hanya menunggu lelaki yang di inginkan. 

Nak ingatkan kepada kaum lelaki lah, walaupun niat suci murni untuk berkawan dengan dia, kalau dia anggap kau tu kawan please jagan letak harapan lagi. Kalau nak Jugak berusahalah sampai kau dapat apa yang dikehendaki (balik kepada konsep tadi ). 

Sesungguhkan, kalau mencintai seseorang itu dengan nawaitu yang baik, akan menjadi yang baik, walaupun perpisahan yang kau dapat insyaallah akan ada lagi yang terbaik menanti kau. 

Ini adalah daripada pengalaman dan pengamatan yang telah dilakukan selama aku bergelar seorang lelaki yang mempunyai perasaan

No comments:

Post a Comment