Tuesday, May 21, 2013

Bukan umur tetapi kebijaksanaan.


Kita acapkali dengar bahawa orang yang boleh memimpin hanyalah orang yang sudah besar atau sudah berumur kerana mereka sudah lama hidup ( banyak makan garam). Tetapi bagi saya orang yang boleh memimpin ialah orang yang berfikiran waras dan mempunyai tahap pengetahuan yang luas serta mendalam. Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berfikiran progresif untuk menerima pemimpin yang mempunyai tahap ilmunya yang tinggi dan menepis tanggapan bahawa orang yang layak memimpin adalah orang yang berusia.

Friday, May 17, 2013

Berjalan


Dekat 2 minggu saya tak post kat blog nie. Jadi, dengan perkara di atas, saya nak ceritakan sedikit tentang cara berjalan. Setiap orang mesti berbeza apabila berjalan dan semua orang tahu tentang hal ini. Namun adakah anda mengetahui bahawa cara orang berjalan menunjukkan budi pekerti seseorang. 

Bagi saya yang mengetahui macam mana nak baca budi pekerti seseorang itu dengan hanya berjalan menjadi satu kelebihan kepada saya untuk menilai seseorang itu. Bagi anda yang pernah untuk mencuba untuk mengubah cara berjalan sudah pasti tidak Berjayakan. Sebab sebagai kesimpulannya, berapa lama kita hidup atau berpengalaman kita masih diri kita yang dulu. Jadi jangan menjadi kacang yang  mencuba untuk meninggalkan kulit yang akhirnya balik kepada diri sendiri J

Selamat Hari Guru


Guru, engkaulah ibuku,
Guru, engkaulah bapaku,
Disaat aku hadir meminta satu cahaya,
Cahaya yang dapat menyacak panjiku di puncak langit.
Disaat aku tenat, memohon syafaat bagaikan pengemis jalanan,
Kau sanggup, sanggup meraut tangan, yang penuh watak palsu ini,
Walaupun engkau tahu yang aku akan kecundang,
Engkau tidak pernah berpeluk-tubuh, mengeluh....
Nawaitu engkau yang suci,
Nawaitu engkau yang mulia,
Memberi aku, satu peluang bangkit dari tidur yang lena,
Engkau membuka satu persatu lorong kegelapan
Dan memimpin tangan kami yang rapuh ini.
Keluar dan bebas bagaikan merpati
keluar dari kegelapan.

Monday, May 13, 2013

Politik


Politik memang diperlukan untuk menstabilkan Negara dari pelbagai aspek. Terserah kepada individu sendiri untuk menetapkan siapa pemimpin mereka. Yang menjadi masalahnya jika seorang pelajar sekolah yang berusia baru 15 tahun dah mula menunjukkan belang dengan menghasut orang ramai melalui laman social facebook. Budak ini menampakkan pro pembangkang. Nasihat untuk pelajar sekolah yang masih belajar, tolonglah jangan berpolitik dahulu dan sepatutnya lebih fokus dalam pembelajaran.

Usia 15 tahun itu masih muda dan baru hendak mengenal dunia. Masih mudah untuk dihasut, dan dijajah oleh mana pihak. Dan kepada pengunjung blog saya, tolonglah, jika anda sayangkan Negara, sokonglah kerajaan yang sedia ada,...

Monday, May 6, 2013

Tak boleh kuat lagi ke?

Ni lah masalah budak sekarang, kalau berbual.. Macam mak orang..

kalau berbual pon beradaplah sikit.. kalau lelaki tape lah jugak , baru nampak kelakiannya.. ni perempuan. nampak ape?

fikir sendiri.....

Friday, May 3, 2013

Peninglah nak belajar!!

nampak tak tajuk yang besar kat atas nie,.. Memang nak kongsikan satu pengalaman, saya sendiri akui memang susah kalau nak belajar terutamanya bila nak dekat-dekat exam.. sungguh menyakitkan betol.. 

Bila dah tergengok kat depan meja mulalah tangan gatal nak ambil komputer lah, handphone lah, kiranya memang gatallah, hehe.. ni nak share sikit tentang cara untuk kembalikan mood belajar bagi orang da ada penyakit M..

BUANG JAUH JAUH APE YANG MENGANGGU ANDA DI MEJA BELAJAR!!

1) Duduk je dulu kat atas meja tu,
2) Kemas ape yang patut.
3) Lepas kemas ambik kertas kosong.
4) Pegang pen atau pensil.
5) Lukis ape yang korang fikirkan






Lepas korang da bosan. Sampai korang berfikir ape nak lukis lepas ni, korang akan sendirinya akan teringat tentang pelajaran mase korang belajar kat sekolah atau universiti. keluarkan tu dan jadikan lukisan sebagai aspirasi anda untuk menterjemahkan ape yang korang dah belajar..

Buat perkara yang sama sekerap yang mungkin..jangan berasa jemu, insyaalah berjaya..