Dalam kehidupan seharian kita, tidak dapat dipisahkan dengan perasaan takut, gentar, tidak bersemangat, kurang yakin terhadap diri sendiri. yeah.. memang betul semua tu sebab aku sendiri yang mengalaminya. terutamanya bila di alam remaja. kenapa kita berperasaan macam tu? hanya satu sahaja jawapan yang paling tepat iaitu tidak bersedia.
apabila kita tidak bersedia bermaksud kita tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu dengan sempurna bahkan lebih teruk tidak dapat berbuat apa-apa apabila diberikan tugasan, arahan dan sebagainya. Motivasi yang tinggi harus ditanam pada setiap pagi supaya kita lebih bersemangat untuk mengharungi hari yang mencabar. Motivasi pagi kita kena cari sendiri sama ada dari segi lagu, video, cerpen, cerita dan sebagainya sebagai pencetus semangat. Kita perlu ingat bahawa kita akan hidup bersendirian, tetapi ditemanani oleh keazaman dan ketabahan untuk mengharungi fenomena hidup.
No comments:
Post a Comment