Monday, April 29, 2013

Cemburu


Apabila dikenangkan kisah yang manis pada masa silam, pasti membuatkan kita sersenyum lebar. 

Namun bagi seseorang yang mempunyai kisah manis pada masa silam yang terkubur membuat kisah manis tersebut menjadi pahit dan sakit.

Selepas beberapa hari, bulan atau tahun semua itu telah berubah dengan kebahgiaan yang muncul bersama kekasih lama kita.. kita lihat dia bahagia dengan orang lain, kita rasa menyesal, sedih, dan yang paling ketara ialah cemburu.

Tambahan lagi apabila kita sendiri belum berpunyai..ohhh..cemburunya..
Inilah balasan bagi seorang lelaki atau perempuan yang tidak bertanggungjawab terhadap tanggungjawab masing-masing akan dibalas dengan kedukaan. 


Mungkin kita tak akan bertemu dengan kebahgiaan.. cerita yang tiada kesudahan.....

Sunday, April 28, 2013

Akukah yang Berubah?


Soalan ini memang tidak patut diajukan kepada kita, kenapa kita berubah?

Sepatutnya orang yang bertanye itulah yang berfikir apakah SEBAB kita berubah. Dia hanya fikir kenapa kita dah berubah, come on lah, jangan diajukan lagi soalan macam tu, memang tak dapat dinafikan kita sering diam, tak selalu senyum macam dulu, tak semestinya kita dah berubah 100 peratus bukan...

Bagi sesiapa yang baca ini, jika anda memahami apa yang dimaksudkan dengan SEBAB kita berubah anda merupakan seorang yang bijak.

Friday, April 26, 2013

Rakan yang Terbaik


Rakan yang terbaik dalam hidup ini memang tidak wujud dalam dunia ini. Siapa kata ada, itu hanyalah palsu belaka. Best friend forever itu semua penipu.

Kenapa saya cakap macam tu, sebab saya dah alami macam mana saya diperlakukan oleh kawan baik saya. Selama 19 tahun saya hidup, masih belum ada seorang kawan yang memahami perasaan dan kehendak diri. Bukan nak sentiasa diberikan perhatian cuma untuk dihargai. 

Tanda Orang Dah Benci


Dari sudut pandangan.
   1) Pandangan yang tajam.
   2) Alihkan pandangan bila bertentangan.
   3) Memejamkan dan membuka mata dengan perlahan.

Dari sudut percakapan.
   1) Pengucapan nada yang turun naik.
   2) Sindiran yang melampau.
   3) Bila bercakap banyak menggunakan perkataan –kan

Dari sudut perbuatan.
   1) Pindah tempat bila berkumpul.
   2) Alihkan arah kerusi kearah lain.
   3) Tidak bersalaman.
   4) Tidak berbual mesra.
   5) Sentiasa mencari masalah.
   6) Memperbesarkan masalah yang remeh.

Tuesday, April 23, 2013

Berani buat berani tanggung


Sehubungan dengan ayat yang di atas, saya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang isu ini. Kita memang sering mendengar tentang ayat ini, namun adakah kita faham maksud tersirat dan tersurat? 

Sebagai seorang lelaki, memang pernah menghadapi situasi sebegini di mana saya telah melakukan sesuatu perkara tanpa pertimbangan sehinggakan memberi kesan yang tidak dapat ditanggung oleh saya. Oleh yang demikian, saya telah jadikan pengalaman itu sebagai panduan dan pedoman hidup supaya menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.

Berani buat, berani tanggung dapat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu perkara baik dan perkara buruk. Berani tanggung adalah perkara yang akan menimpa diri sendiri atas perlakuan kita. Seperti yang sedia maklum bahawa setiap perkara baik akan mendatangkan manfaat dan perkara yang tidak baik akan mendatangkan masalah yang berat bagi seseorang itu. Dalam hal ini, saya menegaskan supaya anda berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan supaya “berani tanggung” kita akan dapat kita lalui dengan tenang dan mendapat memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain disekeliling.

Rakan atau pasangan?


Kalau soalan ini diajukan kepada rakan-rakan anda pasti akan membuat mereka berkerut muka.

Cuba tanya sekarang.....

So kali ini saya nak bagi pandangan tentang permasalahan ini dengan anda. Pada perkataan kawan dan teman hidup nampak berbeza, tetapi kita perlu sedar bahawa kawan dan teman hidup sama juga mempunyai fungsi yang hampir sama.

Nak bagi jelas lagi. Kawan dan teman hidup, bila busuk buang, bila jauh lupakan. Samalah juga dengan istilah kacang lupakan kulit dan pepatah mana tah saya jumpa yang mengatakan bahawa kawan atau teman hidup bagaikan seluar dalam, masa elok guna, masa koyang buang-buang aje. Dalam ayat ini jelas bahawa kedua-dua yang boleh kita panggil individu mempunyai maksud yang tersirat yang sama J.

Jadi terpulanglah kepada sesirang individu untuk memilih antara dua jika diberi pilihan.

Sunday, April 21, 2013

Kawan atau lawan?

Kawan makan kawan memang seringkali kita dengari. Namun, pernahkah kita merasa keadaan seperti ini? Sudah pastinya khianat membawa keperihan yang mendalam untuk seseorang dan menyebabkan seseorang itu hilang kepercayaan serta mendorong untuk melakukan perbalahan sesama sendiri. Perasaan iri hati dan ego membuatkan seseorang itu tidak senang hati untuk cuba menjatuhkan rakan mereka sendiri.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap manusia mempunyai perasaan cemburu, namun begitu, sebagai seorang yang profesional kita perlu bijak untuk untuk menjadikan cemburu itu sebagai pendorong untuk kita mencapai apa yang kita kehendaki. Kawan yang baik sememangnya mencari kesalahan rakannya, tetapi hanya mencari kesalahan yang negatif. Kadang kala ada sampai satu ketika seorang sahabat itu menyebarkan fitnah kepada orang lain yang bertujuan untuk memalukan seseorang individu. Fitnah adalah lebih kejam daripada membunuh.

Saturday, April 20, 2013

Salam perkenalan


Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam perkenalan saya ucapkan kepada anda kerana menjumpai blog saya ini. Sehubungan ini, saya akan berkongsikan beberapa cerita yang memberi pengajaran kepada anda tentang kehidupan kita, kisah tentang rakan, keluarga, pasangan hidup dan kerjaya. Lantaran itu, saya berasa terpanggil untuk membuat blog ini. Segala yang akan dikongsikan dapat memberikan motivasi yang baik kepada anda supaya dapat menambahkan lagi pengalaman yang ada..   insyaallah....salam